Tarikh Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Online

Tarikh Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Online

BSH 2020

Info penting Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Online Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga

BSH Fasa Pertama

Pembayaran BSH 2020 Fasa Pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah.

Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dimasukkan terus kedalam Akaun Bank

BSHR 2019

BSHR 2020

Pembayaran BSH 2020

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa pertama dilaksanakan pada 28 Januari mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.

TARIKH TEPAT PEMBAYARAN BSH FASA 2, MEI 2020

Bayaran BSH fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 mei 2020, Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 mei ini membabitkan hampir 3,6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion.

Menteri kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran fasa kedua itu berdasarkan kategori yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Katanya, kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun kebawah kecuali anak kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2020.

“Kementrian kewangan ingin menegaskan bahawa BSH diberi kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan. Pada setiap tahun, kementrian kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, pelaksanaan proses verifikasi dibuat secara menyeluruh terutama dalam mengenal pasti pendapatan terkini pemohon dengan membuat semakan data bersama pelbagai agensi.

Agensi terbabit termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain agensi berkaitan.

“ini adalah proses biasa yang dijalankan oleh LHDN setiap tahun. Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 julai hingga 15 ogos 2020.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDN,”
katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Kemaskini BSH

Selepas pangkalan data dikemas kini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu. Pembayaran BSH 2020 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH lebih bersasar dan bargantung kepada saiz isi rumah. Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam masa terdekat. Tarikh kemaskini dan pendaftaran permohonan BSH 2020 dijangka dibuka pada 3 januari. Maluman rasmi akan diumumkan oleh kementerian kewangan malaysia dalam tempoh terdekat.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 2 comments for this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *