Soalan & Jawaban Tarikh Kemaskini Maklumat BSH 2021

Soalan & Jawaban Tarikh Kemaskini Maklumat BSH 2021

Tarikh Kemaskini BSH – Tarikh Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang anda perlu tahu untuk bayaran, Permohonan dan Kemaskini

A. Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021

Table of Contents

1. Siapakah yang akan menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021 ?

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM 5.000 dan pendapatan bujang terhad RM2.000

BPR Fasa Pertama Pembayaran

3. Bilakah tarikh pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat ?

Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

BPR Fasa Pertama Permohonan Baharu Kemas Kini

4. Adakah saya boleh membuat permohonan BPR 2021 walaupun tidak layak sebagai penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?

Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.

Berdasarkan Belanjawan 2021, Bantuan Prihatin Rakyat menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH), Berikut kategori Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) :

Isi Rumah Pendapatan :

RM 2,500 kebawah

  • 0 – 1 anak = RM1,200
  • 2 anak atau lebih = RM1,800

RM 2,501 hingga RM4,000

  • 0 – 1 anak = RM800
  • 2 anak atau lebih = RM1,200

RM 4,001 hingga RM5,000

  • 0 – 1 anak = RM500
  • 2 anak atau lebih = RM750

Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 kebawah (21 tahun keatas) = RM350

BPR Fasa Pertama Kaedah Pembayaran

5. Bagaimanakah kaedah bayaran fasa Pertama BPR 2021 akan dilaksanakan ?

Pembayaran Fasa Pertama adalah sebagai berikut :

a. Berjaya kredit ke akaun bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.

b. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.

Kemaskini Maklumat BSH 2021

Artikel Terkait : Belanjawan 2021 – Pendaftaran BPR Online

Penjelasan Tentang BPR 2021 Pemohon Baru – Kemaskini Maklumat (BSH BPN)

Siapakah yang perlu memohon baru dan siapakah yang perlu kemaskini permohonan ?

Bantuan Prihatin Rakyat Bagi Permohonan Baharu

S = Soalan, J = Jawaban

S: Bilakah pendaftaran BPR 2021 akan dibuka ?

J: Pendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan)

S: Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 ?

J: Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut :

1. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5.000 dan kebawah

2. Pemohon dari golongan orang asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dibuatberdasarkan data dari JAKOA.

3. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM

– Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM. Penerangan lanjut rujuk Soalan 5.

S. Bagaimanakah cara untuk saya membuat Permohonan BPR 2021 ?

J: Anda boleh membuat Permohonan BPR 2021 seperti berikut :

1. Permohonan secara dalam Talian

Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di:

a. Portal resmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ; atau

b. Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan membuat turun Play Store / App Store pada telefon bimbit

2. Permohonan melalui Borang

Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di :

a. Portal resmi BPR LHDNM ; atau

b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidamat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Siapakah yang Perlu Kemaskini Permohonan ?

S: Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat ?

J: Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemaskini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

S: Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BPR 2021 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BPR 2021?

J: Sekiranya anda tidak hadir untuk kemaskini, permohonan di portal BPR 2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat setia ada iaitu berdasarkan data BSH 2020 dan BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

S: Saya telah diluluskan BSH 2020 dan BPN 2.0 dengan status Ibu Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Addakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan ?

J: Sekiranya permohonan di Portal BPR 2021 anda wujud dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BSH 2020 dan BPN 2.0, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini karena pemrosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

S: Semasa permohonan BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BPR 2021 ?

J: Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa BPR 2021.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 3 comments for this article
  1. Sabree at 5:14 am

    Sebelum ni saya dapat bantuan duit BR1M bpn. Selepas bantuan duit BPR saya tak dapat gara2 saya lambat kemaskini BPR saya dapat kod 05 tlong uruskan balik semua duit bantuan saya2 ni masih bujang lgi umur 36 krje kilang Jee hidup merantau lgi3 musim pkp skrg tak krje duduk dekat rumah. Nk mkn ape lh saya. Duit bantuan pn tak dapat saya barat SGT2 tuan tlong selesaikan masalah saya. Yang kli Tehahir saya dapat bantuan duit bpn. Skrg ni duit bantuan BPR stu kli Pn saya belum dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *