Pembayaran FASA 1, 2 & 3 BR1M, BSHR dan BPR Online 2021

Pembayaran FASA 1, 2 & 3 BR1M, BSHR dan BPR Online 2021

Semakan Kadar Baki Bayaran BR1M, BSHR dan BPR 2021 Mengikut Fasa

Bagi yang lulus permohonan, bayaran BR1M, BSHR dan BPR 2021 dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:

Fasa 1 – Februari 2021

Tempoh permohonan dan pengemaskinian BR1M, BSHR dan BPR 2021 mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1 telah selesai dibayar sepenuhnya kepada pemohon yang layak.

Berapa jumlah duit BPR yang bakal diterima mengikuti kategori penerima untuk Fasa 1 BR1M, BSHR dan BPR 2021 ?

  • Bagi kategori isi rumah berjumlah RM300
  • Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun berjumlah RM150

Bilakah Pembayaran FASA 2 & 3 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tahun 2021 dibagi oleh kerajaan ?

Kami akan kongsikan tarikh semakan bayaran Fasa 2 & 3 bagi anda yang sudah menerima BPR Fasa 1.

Menurut portal resmi Kementerian Kewangan Malaysia, setelah pangkalan data BPR dikemaskini, baki pembayaran BPR kepada yang lulus termasuk pemohon baharu akan disalurkan pada Fasa 2 (Mei 2021) dan Fasa 3 (September 2021).

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, bpr.hasil.gov.my.

BR1M, BSHR dan BPR 2021

Fasa 2 – Mei 2021

Tarikh Bayaran BR1M, BSHR dan BPR 2021 Fasa 2 Sebelum Raya

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), bayaran duit BPR Fasa 2 dijangka akan dibayar secara berperingkat mulai pada bulan Mei 2021 sebelum hari raya puasa.

Sebelum itu kita kongsikan 2 notis amaran daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  1. Tiada CAJ yang dikenakan bagi pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  2. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara bergerak melalui pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

Terdapat 2 kategori permohonan BR1M, BSHR dan BPR 2021, iaitu :

Kategori isi rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari Ibu/Bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Sekiranya pasangan bukan warga negara malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah

Kategori Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak
  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan kebawah
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan yakni:

Bujang berpendapatan bawah RM2,500

  • 21 tahun keatas RM350
  • Telah dibayar RM150, dijangka pada fasa 2 dibayar sekaligus RM200.

Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)

Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
  • 2 orang anak atau lebih RM1200 (Baki RM900)

Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 – RM5,000

  • 1 orang anak RM500 (Baki RM200)
  • 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)

Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 dibahagikan secara sama rata.

Tarif resmi pembayaran dijangka akan diketahui pada penghujung bulan April 2021

Artikel Terkait : Soalan & Jawaban Tarikh Kemaskini Maklumat BSH 2021

Fasa 3 – September 2021

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), bayaran duit BR1M, BSHR dan BPR 2021 Fasa 3 dijangka akan dibayar secara berperingkat mulai pada bulan September 2021.

Jadi untuk Fasa 3 BPR 2021, Bagi kategori isi rumah – Baki yang tinggal adalah sebanyak RM900

Dari sumber yang kita perolehi dan didapat dari internet dikatakan untuk Fasa 2 ini berkemungkinan Bantuan sebanyak RM600 akan diberi. Untuk jumlah sebenarnya kita tunggu jawaban dari Pihak LHDNM tak lama saja lagi.

Seperti biasa, duit BPR akan dikredit terus ke akaun penerima. Mereka yang tidak mempunyai akaun Bank, boleh mengambil duit BPR mereka di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan penggunaan nomor baca.

Semoga perkongsian Pembayaran FASA 1, 2 & 3 BR1M, BSHR dan BPR Online 2021, bermanfaat buat anda.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *