Penerima BSH Bakal Terima Digital TV

Penerima BSH 2020 akan menerima televisyen digital secara percuma. Televisyen digital terestrial (DTT) tersebut akan dapat dinikmati 2 milion penerima BSH, di mana mereka akan dapat menikmati siaran berdefinisi tinggi (HD) dan siaran tempatan percuma (FTA) apabila set dekoder diagihkan bermula Januari ini.

Set dekoder tersebut kemudiannya akan dijual kepada pelanggan yang melanggan rancangan tempatan percuma, dan mungkin hanya berharga ratusan ringgit sahaja” kata timbalan pengurus projek Puncak Semangat Sdn Bhd, Mohamed Redzwan Yahya kepada pihak media.

BSH 2020 Kemaskini

Table of Contents

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjadi organisasi yang akan menyediakan senarai nama penerima BSH 2020 dicadangkan untuk menerima dekoder tersebut kepada Puncak Semangat, kata pegawai itu ketika perasmian Televisyen digital terestrial (DTT) di Pusat Dagangan Sime Darby Rabu lepas.

Pengagihan secara percuma akan diberikan kepada penerima BSH yang sangat memerlukan tetapi berkemungkinan bukan mereka sahaja yang akan menerimanya” kata Redzwan. Pengagihan percuma juga akan diberikan kepada penerima e-kasih dengan memberi tumpuan pada kawasan pedalaman. Penerima BSH seluruh Malaysia akan menerima perkhidmatan tersebut secara berperingkat memandangkan ianya terbahagi kepada empat peringkat. Projek yang memakan jumlah sebanyak RM4.5 billion ini akan melakar sejarah baru di Malaysia dalam usaha menghargai televisyen digital. Projek tersebut akan bermula di Pantai Timur Malaysia seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

eBR1M 2020

Fasa keempat iaitu penukaran semua siaran digital dijangka akan siap sepenuhnya pada April 2020 dengan bermulanya fasa keempat meliputi kawasan sekitar Selangor, Lembah Kelang, Putrajaya dan semua ibu negeri serta kawasn desa dan luar bandar. Pengarah Puncak Semangat Sdn Bhd, Datuk Hilmi Mohd Noor berkata fasa kedua projek dijangka akan bermula pada bulan Februari, meliputi kawasan Sabah dan Sarawak dan diikuti fasa ketiga yang meliputi Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Puncak Semangat telah dianugerahkan konsensi 15 tahun oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membangunkan infrastuktur dan fasiliti DTT. Projek tersebut akan memakan kos sebanyak RM2 bilion, manakala RM2.5 bilion adalah untuk tahun pertama operasi. Puncak Semangat berkata bahawa keuntungan hanya akan dapat diraih pada tahun ketujuh operasi. Dengan pelancaran DTT, televisyen analog Malaysia akan dimansuhkan secara keseluruhan, mankala Rancangan FTA seperti RTM,TV3 dan TV Al Hijrah akan berpindah kepada siaran digital sepenuhnya. DTT akan memberikan mereka peluang untuk menyiarkan lebih banyak siaran televisyen dan radio, di mana RTM akan mempunyai 5 siaran televisyen baru selepas 2020, kata Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merasmikan majlis tersebut.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *