Bantuan Sara Hidup BRIM 2020 Register

Bantuan Sara Hidup BRIM 2020 Register

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020

Sekiranya Permohonan Bantuan Sara Hidup BRIM 2020 secara talian memerlukan penghantaran dokumen sokongan atau memerlukan pemohon merujuk kepada Cawangan LHDNM, wakil dibenarkan untuk berurusan bagi pihak pemohon BSH 2020.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020

Pembayaran fasa 2 BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pad Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dan juga e-tunai sebanyak RM50 yang akan disalurkan pada Mei 2020. Maklumat lanjut berkaitan tarikh pembayaran dan kaedah bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi BSH 2020 berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020

Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020. Tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 01 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Rujukan Terbaru Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020

Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut :

  • Elaun pekerja cacat
  • Bantuan penjagaan OKU
  • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
  • Bantaun Orang Tua

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk kategori Baharu atau Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020. Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima fasa pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020. Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN). BSH Bujang akan disalurkan bermula bulan Mei iaitu pada pemberian BSH fasa kedua nanti.

Brim 2020 Register

BACA JUGA UPDATE HARI INI : Bantuan Sara Hidup BRIM 2021 Register

Kelayakan Permohonan adalah untuk isi rumah

1. Berkahwin

2. Ibu tunggal/bapa tunggal/janda duda yang mempunyai anak

3. Bujang berumur 60tahun dan ke atas

4. Bujang atau Ibu atau Bapa tunggal/balu/duda/janda yang tidak mempunyai anak dan berumur 40 tahun keatas

Sekiranya pemohon mengemukakan maklumat palsu boleh disabitkan dibawah seksyen 193 dengan penjara 3 tahun dan sendawa dan disenaraihitamkan. Orang ramai yang mempunya pertanyaan lanjut BSH, boleh menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2747 atau email kepada bsh@treasury.gov.my. Pautan Permohonan dan Kemaskini : https:bsh.hasil.gov.my/

Bantuan Sara Hidup Rakyat BSHR 2020 kategori untuk yang layak register

1. Isi rumah Pendapatan RM 2000 dan kebawah

  • Jumlah bantuan RM 1000 + RM120/anak

2. Isi rumah Pendapatan RM 2001 hingga RM 3000

  • Jumlah bantuan RM 750 + RM120/anak

3. Isi rumah Pendapatan RM 3001 hingga RM 4000

  • Jumlah bantuan RM 500 + RM120/anak

Tambahan BSH RM 120

Mempunyai 4 anak berumur 18tahun kebawah. BSH tambahan RM120 untuk setiap anak, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

4. Individu bujang (40tahun ke atas)

– Pendapatan RM 2000 dan kebawah

– Jumlah bantuan RM 300

5. Orang Kurang Upaya/OKU (18 tahun ke atas)

– Jumlah bantuan RM 300

Incoming search terms:

  • https://brim biz/tag/kemaskini-brim/

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 3 comments for this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *