Terdapatkah bantuan BSH 2021 dan bantuan-bantuan lain next year Table…
Semakan Status Permohonan BSH 2020
Semakan Status Permohonan BSH 2020
Pemohon baharu dan penerima sedia ada boleh menyemak status permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) secara online untuk mengetahui keputusan permohonan BSH masing-masing.
Agensi-agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia berikut akan menyemak permohonan BSH:
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Jabatan Agama Islam Negeri
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Kumpulan Wang Amanah Pencen
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Angkatan Tentera Malaysia
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- Polis Diraja Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Semakan status permohonan bagi permohonan bantuan wang Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) secara online boleh disemak mulai 28 Januari 2020 melalui sistem semakan status BSH.
LANGKAH MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BSH 2020
Langkah 1:
Layari sistem semakan status permohonan e-BRIM tahun 2020
Langkah 2:
Lengkapkan No. MyKad pemohon di ruang No. MyKad
Klik pada butang Semakan Status Permohonan
Langkah 3:
SOALAN KESELAMATAN
Sistem semakan akan meminta pemohon atau penerima BSH sedia ada untuk menjawab SOALAN KESELAMATAN sebagai sistem “anti-hack” untuk menjamin keselamatan maklumat.
- Pemohon / Penerima BSH sedia ada mesti mengisi 2 SOALAN KESELAMATAN dengan jawapan yang betul untuk meneruskan semakan.
- Sekiranya jawapan yang diisi dalam SOALAN KESELAMATAN adalah salah, pemohon / penerima BSH sedia ada mempunyai tiga peluang untuk menjawab 3 SOALAN KESELAMATAN yang lain. Sekiranya jawapan yang diberikan masih salah, peringkat berikut akan dibatalkan.
- SOALAN KESELAMATAN dan jawapannya adalah berdasarkan maklumat yang telah diisi oleh pemohon / penerima BSH sedia ada.
Langkah 4:
Paparan Kelulusan Status Permohonan
Sekiranya Langkah 3 adalah berjaya, status permohonan anda akan dipaparkan dan boleh mencetak lampiran tersebut.
Sekiranya pemohon menghadapi sebarang masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dengan membawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan. Pemohon baharu atau penerima sedia ada yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my.
Soalan Mengenai Status Permohonan BSH 2020
Maksud Status Permohonan Diterima
- Status tersebut bermaksud permohonan tersebut telah berjaya didaftar dan akan melalui peringkat seterusnya.
Maksud Status Permohonan Dalam Proses
- Status tersebut bermaksud permohonan tersebut adalah dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan. Pemohon dengan status tersebut hari menyemak status permohonan dari masa ke masa.
Maksud Status Permohonan Lulus
- Status tersebut bermaksud permohonan tersebut telah diluluskan.
Maksud Status Permohonan Tidak Lulus
- Status tersebut bermaksud permohonan tersebut telah gagal.
Sistem menunjukkan nombor MyKad tidak wujud walaupun pemohon telah melengkapkan dan menghantar permohonan sebelum ini
- Pemohon perlu menghubungi kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN sekiranya menghadapi masalah tersebut.
Bilakah Pemohon yang dengan Status Permohonan Lulus akan Menerima Wang Bantuan BSH?
- Kategori isi rumah akan menerima bantuan wang BSH tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh setahun manakala kategori bujang akan menerima bantuan wang BSH mulai 28 Januari 2017.
Bagaimanakah Pemohon akan Menerima Bantuan Wang BSH?
- Wang bantuan BSH akan didepositkan ke akaun bank penerima BSH secara berperingkat-peringkat sekiranya pemohon menerima maklumat akaun bank dalam borang berkenaan manakala penerima BSH yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima BSH dalam bentuk baucar.
Surat Pemberitahuan Status Permohonan
- Surat Pemberitahuan Status Permohonan BSH akan dihantar ke alamat dalam borang berkenaan.
Langkah yang perlu Diambil untuk Mengetahui Keterangan Lanjut.
- Pemohon BSH boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) atau pergi ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.