BR1M 2017 naik setinggi RM1200

Sah, BR1M 2017 naik setinggi RM1200

Khabar angin bulan lalu yang disebarkan oleh pakar analisis menegur penerima-penerima br1m tidak harus menaruhkan harapan terhadap br1m pada tahun 2017 lagi kerana kerajaan sedang mengalami ketidakstabilan ekonomi dinafikan perdana menteri pada hari pembentangan bajet 2017.

Beliau menekan bahawa wang bantuan ini bukan dedak tetapi niat murni kerajaan ingin membantu rakyat meringgankan beban kos hidup.

Beliau membawa berita baik dan tunaikan janji bahawa br1m akan kekal naik setipa tahun seperti yang dijanjikan pada masa br1m diperkenalkan. Kini keluarga yang layak boleh menerima wang bantuan setinggi RM1200. Selain itu penerima bujang dapat menerima RM450 seorang.

Berikut merupakan bayaran baru tahun depan:

br1m 2017

Tambahan : Ahli e-kasih layak untuk RM1200 dan warga tua RM1000.

Kira-kira RM7 juta ringgit bakal dihabiskan oleh kerajaan, harap-harap rakyat jelata yang terima bantuan ini tahu menghargai usaha kerajaan. Mengenai bilakah tarikh pembukaan permohonan atau kemaskini, kami masih perlu tunggu tarikh official, kebiasaannya permohonan br1m dibuka bulan terakhir tiap tahun.