Pendaftaran BR1M, BSHR dan BPR Online 2021

Pendaftaran BR1M, BSHR dan BPR Online 2021

Pendaftaran Baharu BR1M, BSHR dan BPR Sebelum Hujung Januari 2021

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizi semasa pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021, yang diperluas dan ditambahbaik, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.

Pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media yang diadakan di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, hari ini.

Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021. Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mula disalurkan sebelum hari raya aidilfitri tahun hadapan. BPR dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.

Permohonan BPR 2021 – Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat

Kepada yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda boleh buat Permohonan BPR 2021. Beradasarkan bantuan tunai kerajaan sebelum ini, pemohon perlu buat permohonan melalui portal yang disediakan oleh kerajaan. Contohnya portal BPN, GKP dan akan datang adalah portal BPR.

Adakah Pemohon Perlu Permohonan BPR 2021 ?

Kita sedia maklum bahawa, pihak LHDNM telah mempunyai data pemohon melalui portal BSH dan BPN, ia boleh diserap dan dirujuk berdasarkan data portal tersebut. Bagi memudahkan urusan permohonan, LHDNM akan melancarkan portal BPR dalam masa terdekat.

Cara Permohonan BPR, BR1M, BSHR 2021

Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BRP. Berikut adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat permohonan baru BPR 2021. Berikut adalah maklumat yang diperlukan :

  • Nama
  • Nomor KAD pengenalan
  • Status perkahwinan
  • Bilangan anak
  • Nama dan nombor akaun bank

Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul.

Check Post Terbaru : Senarai Kategori BPR 2021

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 6 comments for this article
  1. JANAGIRAMAN A/L SINNASAMY at 7:47 pm

    BAntuan saya telah dihentikan tiba tiba TAHUN 2020. tolong semak.
    Terima kasih!

    JANAGIRAMAN A/L SINNASAMY 560707016387

Leave a Reply to JANAGIRAMAN A/L SINNASAMY Cancel comment reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *