Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 diawalkan Januari 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 diawalkan Januari 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 diawalkan Januari 2023. “Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.”

Kerajaan perpaduan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini.

Bantuan Tunai Rakyat 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.”

“Saya berharap, penyaluran awal ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 pada Persidangan Penggal Pertama, Parlimen ke-15 disini hari ini.”

Selain itu, Kerajaan juga akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid pada Januari ini, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, selain Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada Isi rumah miskin, warga emas dan OKU juga diteruskan.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 2 comments for this article

Leave a Reply to Mohd johari Bin abdull hadi Cancel comment reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *