Kemaskini dan Tarikh Bayaran BKM 2023

Kemaskini dan Tarikh Bayaran BKM 2023

Status Terkini Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 2023

Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 : RM300 Isi Rumah Dan RM100 Bujang

Lanjutan Tarikh Akhir Tuntutan SKK dan Penunaian Bayaran BKM 2022

Tarikh akhir tuntutan SKK dan penunaian bayaran BKM 2022 di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannya.

Ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini. Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

Masih lagi ramai yang tertanya, bilakah bantuan BTR 2023 ini akan dikreditkan? Menurut makluman terkini dari portal rasmi BKM, bayaran fasa 1 bantuan BTR 2023 adalah pada Januari 2023 dimana pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

Jadi, marilah sama-sama kita nantikan berita baik yang bakal diumumkan oleh pihak MOF tidak lama lagi. Semoga dengan bayaran bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak terhadap rakyat Malaysia yang sedang menghadapi kesusahan.

Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2023 sebelum ini, dengan penambahbaikan dari segi jumlah serta tempoh pembayaran.

Ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat dengan pembayaran fasa satu mula disalurkan Januari tahun depan berbanding Mac.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 2 comments for this article
  1. Ong Eng Chai at 5:32 pm

    Do I have to ‘kemaskini’ the Bantuan sara Hidup 2023 (replaces Bantuan Keluarga Malaysia 2022). and for new application for Bantuan Sara Hidup 2023, how do we go about it.

    Thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *