Siapa Yang Layak Bayaran Fasa 1 BKM 28 Mac

Siapa Yang Layak Bayaran Fasa 1 BKM 28 Mac

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa 1 dikreditkan mulai 28 Mac ini. Ia melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan Bayaran Fasa 1 dikreditkan mulai 28 mac 2022 (Isnin) ini, ia melibatkan peruntukkan berjumlah hampir RM2.0 bilion.

Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yakob dalam kenyataan hari ini berkata 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Bagi penerima isi rumah warga emas dan individu bujang, tarikh pembayaran akan bermula 28 Mac sehingga 8 April akan terus dikreditkan ke akaun bank, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat bermula 30 Mac melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Semakan Status Kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh dibuat mulai 28 Mac ini. Tempo permohonan rayuan akan dibuka selama sebulan mulai 28 Mac ini. BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan menerusi belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Menurut Dato Sri Ismail Sabri Yakob pembayaran itu juga bagi meringankan beban keuangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadhan 1443H dan akan disalurkan sebagai berikut :

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Mulai Cara Pembayaran
Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang 28 Mac 2022 – 8 April 2022 Terus dikreditkan ke akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) 30 Mac 2022 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan : https://bkm.hasil.gov.my.

Incoming search terms:

Table of Contents

  • https://brim biz/tag/brm-2022/

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *