Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 melalui…

Semakan Tarikh dan Jumlah Bayaran Tunai BKM 2022
Tarikh dan Jumlah Bayaran Tunai BKM 2022 Untuk Bujang, Isi Rumah & Warga Emas
Table of Contents
Perkongsian admin kali ini berkaitan dengan Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dan Jumlah Bayaran BKM yang diterima oleh kategori bujang, isi rumah dan warga emas telah dikeluarkan oleh pihak LHDN di Portal Rasmi BKM. Bantuan tunai BKM ini akan dibayar kepada penerima sebanyak 4 fasa iaitu 4 kali setahun.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah Bantuan Keluarga Malaysia untuk tahun 2022 yang akan mengantikan BPR 2021. Sumber Maklumat Daripada Soalan Lazim BKM yang dikeluarkan Oleh LHDNM. Permohonan Baharu & Pengemaskinian Maklumat boleh dibuat di Portal Rasmi BKM iaitu https://bkm.hasil.gov.my/
Jadwal Pembayaran BKM 2022
Kategori BKM | Fasa 1 Mac 2022 | Fasa 2 Jun 2022 | Fasa 3 September 2022 | Fasa 4 Disember 2022 |
Isi Rumah | / | / | / | / |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | / | / | / | / |
Bujang | / | / |
- Untuk kategori bujang pembayaran BKM hanya akan dibayar 2 kali iaitu pada fasa 1 bulan Mac 2022 dan fasa 3 bulan September 2022.
- Untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan akan dibayar sebanyak 4 kali iaitu fasa 1 pada bulan Mac 2022, fasa 2 pada bulan Jun 2022, fasa 3 pada bulan September 2022, fasa 4 pada bulan Disember 2022
Nota : Jadual Pembayaran BKM 2022 ini Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
(/) adalah jadual pembayaran mengikuti kategori penerima

Semakan Tarikh dan Jumlah Bayaran Tunai BKM 2022
Jumlah Bayaran Tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Jumlah Bayaran Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diterima adalah seperti berikut :
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak / Nilai Bantuan | ||
0 | 1-2 | ≥3 | ||
Isi Rumah | RM2,500 dan Kebawah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 |
RM2,501-RM5,000 | RM400 | RM600 | RM800 | |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan Kebawah | RM600 | ||
Bujang | RM2,500 dan Kebawah | RM350 |
Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Siapakah yang Layak menerima Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 ?
Kadar Tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah sebagai berikut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas