Pendaftaran BKM – BRIM Online 2022

Pendaftaran BKM – BRIM Online 2022

Kepada individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh membuat pendaftaran dan kemaskini maklumat anda bermula 1 hingga 31 Januari 2022, Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, bagi yang telah layak Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada, anda tidak perlu lagi memohon kerana akan diberikan bantuan secara automatik dan bayaran pertama adalah dijangka pada bulan Mac 2022.

Proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang layak, namun adakalanya tiada dalam pangkalan data dan mereka diberikan peluang untuk memohon dan mengemaskini menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ahli parlimen Paya Besar itu memaklumkan pula mengenai BKC fasa 3, ia akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bulan Disember depan melibatkan RM1.2 Bilion dan untuk penerima isi rumah, kategori miskin dan B40.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Kemaskini

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Kemaskini

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 – Bantuan Tunai RM2,000 Syarat Kelayakan

Pendapatan Bill Penerima / Kadar Bantuan
Isi Rumah Bill Penerima Anak 0 Anak 1-2 Anak >3
<RM2,500 4,0 Juta RM1,000 RM1,500 RM2,000
RM2,501-RM5,000 0,8 Juta RM400 RM600 RM800

Tambahan Kadar Isi Rumah :

Ibu/Bapa Tunggal (IBT) Isi Rumah 0.5 juta RM500
Warga Emas Isi Rumah 0.9 juta RM300
Warga Emas Bujang Tiada Pasangan <RM5,000 1.0 juta RM600
Bujang <2,500 3.8 juta RM350

Adakah saya perlu membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik kedalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bilakah tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka ?

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan), tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa.

Untuk kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda bolehlah ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di alamat https://www.hasil.gov.my/ atau ke LHDN berdekatan.

Incoming search terms:

  • https://brim biz/brim-2022/pendaftaran-bkm-brim-online-2022/

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 4 comments for this article

Leave a Reply to Nurul atikah Cancel comment reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *