Cara Set Semula Kata Laluan BKM Bagi yang Terlupa

Cara Set Semula Kata Laluan BKM Bagi yang Terlupa

Cara Nak Dapatkan Semula Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Kata Laluan Bagi yang Terlupa

Bagi mereka yang menghadapi masalah BKM lupa kata laluan, lupa kata kunci keselamatan, lupa email dan lupa soalan keselamatan BKM, jangan bimbang !

Dalam banyak-banyak masalah yang dihadapi oleh pemohon BKM, masalah yang paling ketara sekali adalah lupa keterlaluan, lupa password, elegan dan ikuti sistem sekali, barangkali untuk lupa password memanglah tinggi, jadi kali ini saya akan tunjukan step by step Gimana cara Nak dapat semula lepas password dan juga membagi beberapa tips sepanjang proses untuk mendapatkan keterlaluan ini, tutorial ini adalah versi Smartphone.

Tempoh permohonan baru atau kemaskini bagi Bantuan Keluarga Malaysia 2022 telah pun dibuka bermula 1 Januari – 31 Januari 2022. Bagi pemohon BKM atau BPR sebelum ini, jika anda terlupa kata laluan, penukaran kata laluan baru boleh dilakukan di portal BKM tersebut.

Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Jadi pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh set semula kata laluan tersebut secara dalam talian melalui portal rasmi BKM. Ok, pertama kali, macam biasa layari https://bkm.hasil.gov.my/. Kemudian klik pada bahagian “Log Masuk BKM“. Seterusnya, anda terus klik pada butang “TERLUPA KATA LALUAN“? ini.

Pada laman ini, anda hanya perlu masukkan nombor MyKad (No. ic) anda dan klik butang “Semak“. Kemudian, anda masukkan pula alamat emel yang telah anda daftarkan untuk permohonan BKM atau BPR sebelum ini. Dah selesai, klik butang “Seterusnya“. Jadi langkah seterusnya, anda perlu semak peti masuk emel dimana kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel tersebut. Anda perlu gunakan kata laluan sementara ini untuk log masuk semula ke portal BKM.

Jadi, anda perlu pergi semula ke portal BKM tadi dan klik pada bahagian “Log Masuk“. Seterusnya, anda perlu masukkan semula nombor MyKad anda dan klik butang “Semak“. Pada laman ini, ia akan memaparkan tiga ruangan kosong yang perlu anda isi. Ruangan pertama ini, anda perlu masukkan kata laluan sementara yang diberi tadi. Seterusnya, pada ruangan “Kata Laluan Baru” dan “Pengesahan Kata Laluan Baru” ini, anda masukkan kata laluan baru tersebut. Sekiranya sudah selesai, anda klik butang “Log Masuk“. Dan ia akan terus memaparkan akaun BKM anda.

Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Jika Anda Tidak Masukan Emel Yang Didaftarkan

Pada laman ini, anda hanya perlu masukkan nombor MyKad (No. ic) anda dan klik butang “Semak“. Klik butang “Seterusnya“, lihat Kata Kunci Keselamatan Anda, jika betul, klik butang “Ya“.

Soalan pertama : Apakah Makanan Kegemaran Anda?

Sila masukkan jawapan anda dan klik butang “Seterusnya

Soalan kedua : Apakah Makanan Kegemaran Anda?

Sila masukkan jawapan anda dan klik butang “Seterusnya

Soalan ketiga : Apakah Warna Kegemaran Anda?

Sila masukkan jawapan anda dan klik butang “Seterusnya

Masukkan Kata Laluan Baru dan sahkan Kata Laluan yang sama seperti diatas dan klik butang “Tukar Kata Laluan

“Kata Laluan Sudah Berjaya Ditukar”

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *