Tarikh BSH 2020 Disusun

Pada tahun 2020 yang akan datang, kemaskini BSH hanyalah untuk keperluan, kata Perbendaharaan Bantuan Sara Hidup. BSH secara atas talian akan disusun semula supaya bermula tahun 2020, ianya hanya akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan, kata pegawai tinggi Kementerian Kewangan hari ini, dalam usaha untuk mencari jalan mencegah penyalahgunaannya.

Baru-baru ini diumumkan dalam Bajet 2020, Putrajaya menaikkan pembayaran kemaskini BSH sebanyak RM300. Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dianggarkan menerima RM950, meningkat daripada RM650, manakala bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 akan menerima RM750. Panduan semakan status BSH boleh dibuat di sini.

BSH

Table of Contents

Ketua Setiausaha Perbendaharaan – Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata ini dapat memaksimumkan kesan rancangan tersebut dan menghalang daripada penyalahgunaannya untuk membeli barangan mewah atau barangan seperti rokok.

Sistem setem makanan dan baucer di Amerika digunakan oleh penerima untuk membeli barang-barang runcit. Kaedah yang lain, menurut Mohd Irwan, mungkin dengan cara pengedaran bantuan secara bulanan dan mengkreditkan jumlahnya ke dalam MyKad penerima untuk digunakan di pasar raya. Jumlah bantuan mungkin sama tetapi di sebalik mendapat wang tunai yang boleh dibelanjakan untuk apa sahaja, penerima hanya menggunakannya pada makanan, barangan isi rumah dan keperluan yang lain sahaja.

Sistem setem makanan yang digunakan di Amerika Syarikat, di mana baucer tunai diberikan kepada individu yang layak, mungkin ianya boleh digunakan. Buat masa ini, BSH yang membantu isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan, diberikan dalam bentuk tunai dan kebanyakannya dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima. Tahun hadapan, ianya akan diberikan secara tiga kali ansuran, pada bulan Januari, Mei dan September.

BSH 2020 Pakatan Harapan

“Kami sedang mencari ganti untuk kemaskini BSH supaya bantuan jauh lebih bersasar,” Mohd Irwan Serigar memberitahu wartawan setelah dialog pasca-Bajet 2020 di ibu pejabat Suruhanjaya Keselamatan. “Kami sedang mengkaji untuk melaksanakannya pada tahun 2020 dan kita boleh gunakan MyKad untuk mengedarkannya secara bulanan.”

Kerajaan mengatakan bahawa bentuk kemaskini tahun 2020 ini jauh lebih efisyen dalam membantu isi rumah berpendapatan rendah berbanding subsidi menyeluruh bahan api. Pengkritik walau bagaimanapun menekankan bahawa ianya menimbulkan satu lagi bentuk kebergantungan terhadap subsidi dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *