Makluman Terkini dan Permohonan BSH 2020 – Bantuan Prihatin Nasional

Baucar BSH Jun 2020 RM1000 – Penerima BSH 2020 adalah LAYAK secara automatik bagi Bantuan Prihatin Nasional. Anda tidak perlu membuat permohonan.

MAKLUMAN TERKINI

Bantuan Prihatin Nasional

  • Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional dibuka mulai 12 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020. Permohonan rayuan boleh dibuat di Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Sila layari https://bpn.hasil.gov.my bagi semakan lanjut status permohonan Bantuan Prihatin Nasional
  • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) yang melibatkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 dan M40.
  • Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my). Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Permohonan BSH 2020

  • Kaunter BSH di semua Cawangan LHDNM ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020. Pemohon BSH digalakkan untuk membuat Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 secara dalam talian melalui Portal BSH.
  • Waktu operasi Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) mulai 17 Mei 2020 adalah hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi – 5:00 petang. Walau bagaimanapun, bagi mendapat maklumat yang pantas dan mudah, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui Portal BSH seperti berikut:
  • Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 – Menu MyBSH / Semakan Status Permohonan
  • Pertanyaan / Persoalan BSH 2020 – Rujuk Soalan Lazim (FAQ) BSH 2020
  • Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 (RM200) kepada pemohon yang layak telah dibuat mulai 16 Mac 2020. Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:
  • Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status

Maklumat lanjut pembayaran Fasa Kedua BSH 2020, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bayaran Fasa Kedua BSH 2020

  • Tarikh Akhir Pendaftaran BSH 2020 adalah pada 15 Mac 2020 (Ahad)
  • Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    • Elaun Pekerja Cacat
    • Bantuan Penjagaan OKU
    • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    • Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Pakej Ransangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 seperti berikut:
  • Pembayaran Fasa 2 BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020
  • Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

SKK BSH 2020

  • Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
  • Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Sekiranya pemohon BSH 2020 meninggal dunia mulai 1 Februari 2020, tuntutan SKK 2020 hanya boleh dibuat selepas permohonan BSH 2020 selesai diproses.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

  • Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
  • Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
  • Tempoh meninggal dunia – 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020
  • Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Skim Khairat Kematian layak bagi Kategori Isi Rumah seperti berikut:
  • Kahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / mempunyai anak.
  • Bujang berumur60 tahun dan ke atas
  • Kelayakan SKK adalah seperti berikut:

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

  • Hubungan waris yang layak:
  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu
  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK:
  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN)
  • Kad Pengenalan Asal Waris
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

  1. Pembayaran tunai menggunakan nombor siri boleh dilakukan di BSN mulai 1 Jun 2020 bagi yang tiada akaun dan 2 Jun 2020 bagi permohonan baharu dan gagal kredit.
  2. Rayuan BPN akan berakhir pada 31 Mei 2020 kecuali bagi negeri Sabah pada 2 Jun 2020.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Kriteria Kelayakan

BSH 2020 Siaran Media BPN Kementerian Kewangan

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Nombor Telefon atau Saluran Kementerian LHDNM

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *