Kemaskini BR1M 2019

Kemaskini BR1M 2019 boleh dilakukan secara atas talian biarpun sistem ini perlukan ruang untuk diperbaiki. Sejak tahun 2013 sehingga ke tahun ini, tahun 2019, pihak berkuasa semakin cekap dalam mengendali pengguna yang membuat kemaskini BR1M mereka secara atas talian. Seperti yang diingati beberapa tahun yang lepas, laman sesawang BR1M begitu lambat dan tidak boleh diakses akibat orang ramai melayari laman tersebut secara serentak.

Pemohon yang sudah menerima BR1M tidak perlu membuat kemaskini tetapi dinasihatkan untuk log masuk ke dalam sistem untuk menyemak semula nombor akaun bank dan alamat rumah. Pemohon yang baharu perlu memberikan nombor akaun bank untuk menerima wang bantuan tersebut.

Langkah Melakukan Kemaskini BR1M tahun 2019

  1. Langkah pertama : klik pada menu “Kemas Kini Permohonan
  2. Langkah kedua : masukkan nombor IC anda pada ruang yang disediakan. Selepas menekan butang, anda akan dibawa ke laman seawang yang penuh dengan ruangan kosong.
  3. Langkah ketiga : isikan maklumat peribadi pemohon. Sila isi semua ruang yang disediakan secara tepat, kerana maklumat-maklumat ini akan mempengaruhi keputusan BR1M anda.

eBR1M 2019

Anda akan dimaklumkan ‘status berjaya’ apabila kemaskini anda siap dihantar. Jangan sesekali mengisi untuk rakan atau ahli keluarga kerana dikhuatiri maklumat yang dimasukkan tidak tepat. Sebarang perubahan maklumat boleh menyebabkan kesulitan dan mengambil masa yang lama, oleh itu berhati-hati ketika memasukkan sebarang data.

Anda boleh menekan butang ‘cetak’ agar slip tersebut boleh dijadikan rujukan sekiranya bayaran anda tidak masuk sewaktu hari pembayaran.

Kepada mereka yang mengisi secara luar talian, borang kemaskini BR1M boleh didapati di

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Ketua kampung dan wakil rakyat di daerah masing-masing

Selepas siap mengisi borang kemaskini, sila serahkan borang tersebut ke pusat UTC berdekatan. Alamat LDHN mengikut negeri boleh dirujuk di sini. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1800-88-2716.

Incoming search terms:

  • kemaskini brim 2018

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *