BSH 2020 Online Dilaras Semula

Sementara jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 tahun ini, ahli ekonomi dan aktivitis merasakan pemberian BRIM perlu dilaras semula untuk memastikannya memenuhi tujuan mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup. Memandangkan ianya akan menjadi urusan tahunan dan jumlah pembayaran akan meningkat beberapa tahun akan datang, ianya wajar bagi kerajaan memperhalusi cara yang digunakan, kata pengarah eksekutif Institut Kajian dan Pembangunan Sosio- Ekonomi (Institut SEDAR) Ivanpal S. Grewal.

Mungkin mereka boleh melihat pada pembayaran berkala, contohnya setiap tiga atau empat bulan,” beritahunya pada Bernama. Menyebut satu contoh, jika online BSH dinaikkan kepada RM1,200 setiap tahun pada masa akan datang, ini bermaksud pembayaran sebanyak RM100 setiap bulan bagi isi rumah yang layak.

BSH 2020 Kemaskini

Table of Contents

Oleh itu, katanya, lebih bijak sekiranya bayaran tersebut dibahagikan dan diberikan tiga atau empat kali setahun. Ivanpal turut berpendapat bahawa mungkin, tidak kesemua bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai di mana bantuan juga boleh jadi campuran wang tunai dan jenisnya, termasuklah baucer rebat utiliti atau setem makanan. Beliau menerangkan bahawa banyak negara telah melaksanakan pindahan wang tunai bersyarat di mana pindahan tersebut terikat dengan pendidikan anak-anak selain daripada mengurangkan kadar kematian bayi. Mungkin, katanya, Malaysia boleh belajar daripada Skim Bantuan Awam Singapura di mana mereka membahagikan pindahan tunai terus itu dengan campuran wang tunai bulanan antara S$100 dan S$250, tambah nilai simpanan perubatan (insurans perubatan) dan rebat utiliti.

Walau bagaimanapun, di Malaysia, katanya situasinya berlainan di mana ianya untuk menangani kenaikan kos sara hidup selain daripada keperluan untuk merasionalisasikan subsidi. Oleh sebab itu, BSH sepatutnya terikat dengan usaha menangani kenaikan kos makanan, kemudahan awam dan pengangkutan. Bagi membolehkan BSH mencapai matlamatnya, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd Dr Yeah mencadangkan sebahagian bantuan perlu diberikan dengan cara yang lebih terus seperti baucer untuk yuran persekolahan, makanan, pengangkutan dan keperluan asas di sebalik memberikan wang tunai.

Apa yang kita perlukan ialah gabungan antara bantuan secara terus dan tidak terus untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan lebih cekap melalui kaedah baru,” katanya, dengan menambah bahawa kerajaan boleh melihat pada pemberian baucer perubatan atau insentif potongan cukai kepada majikan yang menyediakan pengangkutan untuk pekerjanya.

“Terdapat keperluan bagi kerajaan untuk bersikap praktikal dan memperketatkan model yang kini. Tidak kira sama ada dalam bentuk BSH atau apa jua, kerajaan perlu mempunyai idea yang jelas tentang bilangan rakyat yang akan dibantu. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar mengingatkan kerajaan bahawa membelanjakan BSH atau apa jua jaringan keselamatan sosial tidak mungkin dapat diteruskan dalam jangka masa panjang.

eBR1M 2020

Bagi tahun 2020, sebanyak RM4.6 bilion akan diagihkan di bawah BSH bermula Februari dan seterusnya setelah proses pendaftaran ditutup pada 30 Januari. Tujuh juta rakyat akan menerima manfaat BSH online 2020, meningkat jumlahnya daripada 6.8 juta pada tahun lepas. Isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan akan dapat menerima RM750, manakala RM450 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 sebulan. Individu yang berkelayakan juga boleh mendapat RM500.

Prinsip asas ialah semakin berlalu tahun, semakin berkurang rakyat yang bergantung dengannya. Jika meningkat jumlahnya setiap tahun, ini akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan,” kata ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan. BSH mula dilaksanakan pertama kalinya pada tahun 2012 dengan pembayaran tunai hanya sekali sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, di mana ianya datang daripada simpanan yang dibuat melalui pengurangan subsidi. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *