BSH 2020 : 22 Febuari Akan Dapat Duit

Pengumuman yang dilakukan awal bulan ini bahawa BSH 2020 akan dibayar 18 Febuari 2020 sebenarnya dituju kepada penerima voucher sahaja. Ramai yang berasa kecewa duit bantuan tidak kelihatan dalam bank mereka. Terdapat lagi segelintir pemohon, status mereka masih menunjukkan ‘dalam proses’.

BSH 2020

Table of Contents

Pembayaran BSH 2020 kelompok 1/fasa 1 akan dibayar pada hari Rabu, 22 Febuari kepada mereka yang memberi nombor akaun bank. Walaubagaimanapun penerima yang terima voucher sepatutnya boleh menunaikan wang mereka lebih awal di BSN kerana mereka sudahpun menerima voucher mereka melalui kiriman pos ke alamat rumah.

Setakat ini lebih 5 juta permohonan telahpun diluluskan. Jangan risau sekiranya status permohonan anda masih menunjukkan ‘dalam proces’ kerana melalui pengumunan Perdana Menteri, pengendalian 3 juta pemohon masih berlangsung.

BSH 2020 Kemaskini

InshaAllah mulai 22 Febuari, BSH akan dibayar ke dalam bank masing-masing. Menurut penerima-penerima yang sedia ada, mereka memberitahu kami bahawa tidak kesemua penerima akan menerima duit secara serentak, ia amat bergantung kepada jenis bank..

Bagaimanapun kami berharap semua bank sepatutnya siap membayar selewat-lewat akhir bulan Febuari ini.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *