Kemaskini Permohonan BSH 2020

Penerima BSH tahun-tahun yang lepas wajib kemaskini permohonan untuk BSH 2020. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda gagal dibayar pada tahun 2020.

Cara Kemaskini Permohonan BSH 2020

1. Lawati laman BSH hasil. Selepas itu klik pada menu kemaskini BSH 2020.

Masukkan No. MyKad dan klik butang HANTAR untuk log masuk. Anda perlu memastikan anda menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ID anda disekat dan anda terpaksa pergi ke LHDN untuk reset ID anda semula.

BAHAGIAN A

Nama, IC, Tarikh Lahir, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat MyKad.

Isi Status Perkahwinan

Pilih di antara Kahwin, Ibu / Bapa Tunggal, Balu, Janda, Duda atau Bujang. Dan Pilih Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan jika ada.

  • Masukkan info untuk LHDN menghubungi anda seperti No.Telefon Rumah dan No.Telefon Bimbit. Sekiranya anda tidak mempunyai No.Telefon Rumah, isi No.Telefon Bimbit pada ruang No.Telefon Rumah.
  • Pilih jenis Pekerjaan.

Isi maklumat bank untuk menerima wang bantuan. Nama bank akaun perlulah sama dengan nama pemohon, anda tidak boleh mengunakan akaun yang sama dalam permohonan bagi pihak yang lain.

  1. Nama Bank
  2. No. Akaun

Masukkan email dan alamat bagi pihak LHDN mengirim sebarang berita berkenaan keputusan dan tarikh menerima bantuan. Digalakkan memperbaharui alamat kediaman sekiranya anda sudah berpindah ke tempat yang baharu.

ISI BAHAGIAN B

Isi pendapatan kasar. Jikalau pasangan tidak bekerja, letak 0.

Isi berapa orang tanggungan kepada yang sudahpun berumahtangga. Maklumat tanggungan wajib diisi kepada yang bercerai juga.

ISI BAHAGIAN C

Jikalau terdapat sebarang kemalangan berlaku ke atas penerima BRIM, waris akan mendapat pampasan. Maklumat waris boleh ditukar setiap tahun. Bahagian ini tidak perlu diisi jika tiada waris.

2. AKUAN PENGESAHAN

Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri, dan Klik butang HANTAR.

3. PREVIEW AKUAN PENGESAHAN

Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat diatas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR. Janganlah cuba menipu terutamanya pada ruang gaji kasar, anda kemungkinan akan disaman jika memberi maklumat palsu. Ramai yang bekerja di Singapura cuba mengambil BRIM telah terkantoi.

Akhir sekali, “Permohonan berjaya dihantar” akan keluar.

Selain daripada kaedah di atas talian, kemaskini juga boleh dibuat dengan berkunjung ke pusat-pusat seperti di bawah dengan mengisi borang secara offline.

  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan
  • Urban Transformation Centre (UTC)
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Ketua Kampung

Semoga berjaya, kongsikan post ini kepada rakan-rakan sekeliling sebelum tarikh penutupan. Bagi kategori e-kasih pula, lihat post ini untuk mendapatkan info semakan.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There are 3 comments for this article
  1. Kamariah at 7:14 pm

    Tuan BSH suami saya bole ke tukar ke ac saya kerana suami saya salah guna sepatutnya belanja barang dapur keperluan kt rumh tapi dia buat bayar hutang dia sedangkn saya suri rumh tangga nafkah pun tk bagi.. nk beli ubat utk saya pun tk ada duit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *