Langkah Permohonan BSH 2020 Tidak Diluluskan

eBR1M 2020 – Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya pelbagai masalah, pemohon baharu dan penerima sedia ada BR1M dinasihati untuk menggunakan saluran yang betul.

eBR1M 2020

Berikut masalah yang dihadapi oleh pemohon baharu atau penerima sedia ada BSH :

Wang bantuan tidak dikreditkan ke dalam akaun bank penerima walaupun status permohonan penerima tersebut memaparkan LULUS

Langkah yang perlu diambil jika menghadapi masalah duit bantuan BSH belum diterima

  1. Sekiranya anda menghadapi masalah ini,sila fahami info dan kenyataan yang disertakan sebelum mengemukakan aduan.
  2. Setiap pemohon dengan status permohonan BSH yang LULUS akan menerima bantuan wang Bantuan Sara Hidup (BSH) secara berperingkat-peringkat mengikut kategori mulai 28 Januari 2020
  3. Tempoh pengkreditan wang bantuan BSH ke dalam akaun bank bergantung kepada sistem bank yang mengurus akaun bank penerima.
  4. Bagi penerima yang tidak memberikan maklumat akaun bank semasa membuat permohonan atau mengemaskini maklumat untuk BSH , mereka akan menerima Surat Kelulusan (Baucar BSH 2019) ke alamat mereka seperti yang diisi dalam Borang BSH berkenaan. Baucar tersebut boleh ditunaikan di mana-mana cawang an Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dalam penunaian Baucar BSH 2020.
  5. Pembayaran BSH dengan Surat Kelulusan (Baucar 2017) diedarkan secara berperingkat-peringkat .Penerima baucar mungkin akan lewat menerima baucar berbanding penerima yang memilih pembayaran BSH disalurkan melalui akaun bank.
  6. Sekiranya wang bantuan BSH tidak dikreditkan ke dalam akaun penerima akibat masalah sistem atau sebagainya, Surat Makluman Lulus Gagal Kredit akan dihantar ke alamat penerima berdasarkan yang diisi dalam Borang BSH berkenaan. Penerima BSH tersebut perlu membawa surat tersebut dan MyKad untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat ini hanya untuk permohonan BSH dengan status permohonan yang LULUS.

Langkah mengadu masalah wang bantuan BSH belum diterima

  • Penerima yang menghadapi masalah tersebut boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) untuk menyatakan masalah tersebut. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) akan mengambil langkah untuk menyelasaikan masalah penerima tersebut.
  • Penerima yang menghadapi masalah tersebut boleh menghubungi talian bebas tol dengan nombor :1800-88-2716 (LHDNM) / 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) untuk mengadu masalah yang dihadapi.
  • Sekiranya nombor di atas mengalami masalah gangguan talian , penerima boleh cuba dengan senarai nombor telefon dalam URL berikut: https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/TalianBR1M.pdf
  • Penerima boleh membuat aduan dengan mengambil langkah yang sah seperti menerusi saluran rasmi.

Peringatan

Penerima BSH yang menhadapi masalah harus menggunakan saluran yang betul dan rasmi untuk menyelesaikan masalah masing-masing.

BR1M - Info Permohonan dan Kemaskini BRIM

There is 1 comment for this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *